Tuesday, 7 September 2010

Kitab Pati Rahsia

Bagi mereka yang meminati ilmu-ilmu hikmah tentu memiliki atau pernah membaca Kitab Pati Rahsia nukilan Haji Nik Mahmud bin Ismail atau Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, bekas mufti Kelantan. Kitab ini ditulis pada sekitar tahun 1946 dalam cetakan jawi. Kitab ini merupakan 'pati' dari beberapa buah kitab ilmu hikmah dalam bahasa Arab seperti Shamsul Maarif.

Pada tahun 1979 saya menerima kitab ini dari seorang guru setelah diajar satu ilmu yang terdapat dalam kitab tersebut. Dalam kitab tersebut ditulis,

"Pohonlah petunjuk daripada Tuhan dengan jalan nafas. Ilmu ini ialah pakaian hulubalang dan orang-orang soleh. Adalah pendeta pada ilmu nafas telah memberi fatwa bahawasanya nafas di liang hidung sebelah kanan dan di liang hidung sebelah kiri adalah bermacam-macam jalan yang dibuat pengenalan dengannya."

Kitab Pati Rahsia edisi jawi masih dicetak dan masih ada dalam pasaran. Bagi anda yang berminat untuk mendalami Ilmu Nafas jangan ditunggu lagi, dapatkan segera. Tapi INGAT, ilmu dalam kitab ibarat sebuah kereta, anda perlu mencari kuncinya....

0 comments:

Post a Comment