Tuesday 7 September 2010

Silat

Di Malaysia sahaja terdapat beratus-ratus jenis silat dengan pelbagai nama. Silat ialah ilmu bela diri warisan bangsa Melayu. Gayung, Cekak, Sendung, Kuntau, Lincah adalah contoh nama-nama silat yang terdapat di Malaysia. Walaupun terdapat banyak gaya persilatan Melayu, silat apa yang anda atau anak-anak anda pelajari? Mungkin juga anda ada 1001 alasan untuk tidak mahu mempelajari silat, dan mungkin juga anda siap mengutuk lagi, mengatakan sesat, itulah, inilah, tidak sehebat judo dan karate.

Ini ada satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Ditakdirkan Allah ada seorang insan ini sedang memandu kereta. Dipendekkan cerita, dia telah terlanggar kereta lain. Pemandu kereta yang dilanggarnya itu lantas keluar dari kereta, dan ditumbuk terajangnya insan ini. Dia tidak berdaya melawan langsung. Sedangkan dia inilah yang mengatakan itulah, inilah kepada seni silat, seperti yang saya khabarkan di atas. Malah selepas kejadian tersebut, dia sendiri datang berjumpa saya, minta diajarkan silat. Apa lagi, tiba giliran saya pula untuk 'menghentamnya', 'kaw kaw' punya. "Oh, silat tak guna" konon...


Leia Mais…

Kitab Pati Rahsia

Bagi mereka yang meminati ilmu-ilmu hikmah tentu memiliki atau pernah membaca Kitab Pati Rahsia nukilan Haji Nik Mahmud bin Ismail atau Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, bekas mufti Kelantan. Kitab ini ditulis pada sekitar tahun 1946 dalam cetakan jawi. Kitab ini merupakan 'pati' dari beberapa buah kitab ilmu hikmah dalam bahasa Arab seperti Shamsul Maarif.

Pada tahun 1979 saya menerima kitab ini dari seorang guru setelah diajar satu ilmu yang terdapat dalam kitab tersebut. Dalam kitab tersebut ditulis,

"Pohonlah petunjuk daripada Tuhan dengan jalan nafas. Ilmu ini ialah pakaian hulubalang dan orang-orang soleh. Adalah pendeta pada ilmu nafas telah memberi fatwa bahawasanya nafas di liang hidung sebelah kanan dan di liang hidung sebelah kiri adalah bermacam-macam jalan yang dibuat pengenalan dengannya."

Kitab Pati Rahsia edisi jawi masih dicetak dan masih ada dalam pasaran. Bagi anda yang berminat untuk mendalami Ilmu Nafas jangan ditunggu lagi, dapatkan segera. Tapi INGAT, ilmu dalam kitab ibarat sebuah kereta, anda perlu mencari kuncinya....

Leia Mais…

Saturday 4 September 2010

Salam perkenalan.

Assalamualaikum.bersyukur kehadarat ilahi kerana dgn limpah kurnianya dpt juga saya berblog.Selawat dan salam kpd nabi muhammad saidi mursalin...
diharapkan melalui blog in dapat saya berinteraksi dengan tuan tuan disana.

Leia Mais…